Pulangan melebihi 30% setahun melalui pelaburan emas.........

 

 

   

Pelaburan dalam emas dah lama dijadikan sebagai salah satu pelaburan untuk menjamin pulangan dalam jangka masa yang panjang berdasarkan kenaikan nilai emas.

Namun kini, disamping pulangan untung jangka masa yang panjang bagi menentang inflasi, terdapat peluang untuk menjana pendapatan bulanan tetap dengan membeli emas. Malah pendapatan bulanan ini melebihi 30% setahun.

Inilah apa yang cuba saya kongsikan.

 

 

Pihak-Pihak yang terlibat dalam pelaburan ini:

 

  • Anda
  • Etika Emas Estet Sdn. Bhd.
  • Bank Rakyat atau Agro Bank

 Konsep Asas:

 

  1. Anda beli emas
  2. Etika Emas Estet akan meminjamkan emas tambahan kepada anda dengan gandaan dua.
  3. Kesemua emas tersebut akan digadaikan dengan sistem gadaian Islam, Ar-Rahnu di Bank Rakyat ataupun Agro Bank.
  4. 65% daripada nilai gadaian tersebut akan diambil oleh Etika Emas Estet sebagai modal perniagaan.
  5. Etika Estet Emas akan membayar hibah sebanyak RM1 untuk setiap gram emas tersebut setiap bulan selama 6 bulan.
  6. Selepas enam bulan, emas tersebut akan ditebus dan anda boleh memilih untuk sambung kontrak pelaburan, simpan emas anda atau jualkan balik emas tersebut.
  

Keuntungan Yang Pasti:

 

Setiap 100g yang di laburkan anda akan berhak mendapat RM300 setiap bulan. Simple calculation.

 

Jika pelaburan anda RM10800. Dalam setahun anda akan untung RM300 x 12 = RM3600

 

Pulangan pelaburan = (RM3600 / RM10800) x 100% = 33.33%.

 

Jujurnya susah nak carik pulangan yang confirm lebih dari 30% setahun. Ini tak mengambil kira harga emas semasa jika anda jual emas ni.

 

Seolah2nya kita beli rumah dengan harga RM10800 dah gerenti ada penyewa yang bayar RM300 setiap bulan. Dan bila harga rumah tu naik kita dah gerenti ada pembeli yang sanggup beli.

 

Kekurangan nya hanyalah kita tak dapat buat pinjaman untuk beli. Tapi saya rasa langkah yang bijak jugak kalo buat personal loan yang rate dia tak sampai 10% untuk labur dalam pelaburan yang menjamin keuntungan lebih dari 30%.

 
 

Keuntungan Yang Tak Pasti:

 

Dibawah ni adalah graf perubahan harga emas. Ya.. harga emas tak semestinya sentiasa naik. Untuk jangka panjang, Insya Allah akan naik. Tapi pendekatan saya mudah.. saya tak beli rumah untuk jual balik kalo dah ada orang sewa. Kalau emas ni dapat beri pulangan yang tetap kat saya, buat apa saya nk jual.

 

 

Apapun..anda tetap ada pilihan.. andai kata harga emas tu lagi rendah dari harga anda beli, sambung je la kontrak. Andai kata plak selepas 6 bulan harga emas dah naik kepada RM11800.

 

Anda untung = RM11800 – RM10800 = RM1000

 

Peratus pulangan pelaburan = (RM1000 / RM10800) * 100% = 9% (dalam masa 6 bulan)

 

Kalau setahun (dgn anggaran kenaikan harga yang sama), dah 18% setahun.

 

Campur dengan 33% yang memang dah untung secara bulanan, keseluruhan untung ialah 51%. Tapi buat apa nk target sampai begitu tinggi.. Simpan sajelah emas tu buat pendapatan tetap setiap bulan. 33% setahun.. banyak apa.

 

Risiko Yang Amat Rendah:

 

Yang best lagi ialah bila kita labur 100g emas, Etika Emas akan letak cagaran 200g. Sebab tu saya cakap ini adalah pulangan dikategorikan sebagai konsevatif sebab risikonya sangat rendah.

 

Hatta kalau Etika Emas tetiba bankrup sekalipon, semua 300g emas tu akan jadi milik kita. Dan seperti yang kita tahu beli emas ni tak seperti beli saham. Kita beli sesuatu yang nilainya diperakui oleh seleuruh dunia. Emas tu pulak digadai dengan cara sistem gadaian islam Ar-Rahnu di Bank Rakyat atau pon Bank Agro.

 

Kalau ada orang nk bandingkan dengan Forex ke FCPO ke memanglah 30% tu takada apa. Tapi itu adalah kategori high risk.

 

Perbandingan yang adil ialah dengan ASB, Koperasi Bank Rakyat, Koperasi Bank Persatuan atau mana2 pelaburan yang risiko rendah. Dari segi risiko, secara peribada saya rasa pelaburan emas ni lagi rendah sebab pelaburan kita dicagar dengan emas yang nyata.

 

Pendapatan Syarikat:

 

Anda boleh skip part ni kalau anda tak kesah. Tapi ini adalah soalan pertama yang saya tanya Etika Emas. Soalan saya “Macam mana Etika Emas boleh bagi RM300 sebulan dgn kaedah perkongsian keuntungan? Maaf kalau saya katakan, pulangan keuntungan ni macam besar sangat je”

 

Mungkin anda kata saya agak pesimis. Tapi saya takkan melabur pada sesuatu yang saya tak faham dari mana datang nya keuntungan tersebut. Pada saya kejayaan Bank Persatuan bagi keuntungan sampai 17% setahun pon macam dah gempak dah. 

 

Jawapannya:

 

Etika Emas beli emas ketul ni dengan harga pukal dari supplier. Boleh rujuk website ni pasal supplier nih (Emas yang sama digunakan oleh Public Bank). Jadik jangan lah korang pelik tgk harga emas kat surat khabar  RM92 /g tapi emas suisse di jual pada harga RM108 /g. Harga emas yang di’mint’ memang lagi mahal. Tak caya cuba rujuk website Maybank tgk harga Kijang Emas.

 

Bila derang dpt harga pukal. Etika Emas jual kat pelanggan adalah harga pasaran (market price). Kat situ dia dah untung. Pastu bila kita beli dan dan sain kontrak, emas tu di gadai dan duit gadaian itu akan dipakai untuk perniagaan balik. Jadik, Etika Emas basically dapat modal balik (untuk beli emas lagi dgn harga borong) sementara emas yang digadai dekat bank akan appreciate in value dan masih jadi milik anda dan Etika Emas.

 

Rancangan Saya:

 

Target saya ialah mengumpul 1kg emas dalam masa 5 tahun. Saya memang excited nak capai target ni cepat-cepat sebab yang simple, financial freedom. .. Tengah dalam berusaha mengeluarkan duit KWSP konon2 nk bayar rumah.. (Syyss..ni rahsia kita).

 

Sementara harga emas ni rendah lagi baik beli. Nota: Walau harga emas ni naik atau turun, bulanan tetap RM100 sebulan. Maksudnya kalau kita beli masa harga tengah rendah makin tinggi la keuntungan.

 

Tapi anda masih boleh tunggu harga emas tu turun jugak, daripada beli cepat-cepat. Cuma masalahnya kita tak tahu harga dia bila nak naik atau bila nk turun. Pada saya 33% dah cukup lumayan berbanding pelaburan lain (dalam kategori pelaburan konservatif).

 

Bermakna kalau saya dpt mengumpul 1kg emas, pendapatan setiap bulan saya ialah RM3000. Jujurnya, jumlah tu dah lagi tinggi dari perbelanjaan saya setiap bulan. Saya dah boleh memilih untuk tak bekerja dan tak perlu risau pasal gaji lagi.

 

  

Kenapa saya promote?

 

Saya dapat maklumat pasal Etika Emas ni dari satu blog. Bila saya pegi ofis derang baru saya tahu yang penulis blog tersebut adalah agen yang mamperkenalkan skim pelaburan ni. Dia akan dapat komisen dengan memperkenalkan orang.

 

Sebenarnya saya rasa tak puas ati ngan brader tu sebab tak tulis blog tu dari awal. Jika brader ni tulis blog dia sebulan dari awal saya dah ada extra 100g lagi emas. Heh

 

Jadi..saya nak promote besar-besaran. Pertamanya saya dapat komisen, keduanya ini adalah pelaburan yang memang sangat best untuk di kongsi kan. Komisen dia based yang memperkenalkan jek.. (ni underground punya info ni). Kalo tak tanya dia tak bagitau. Bila dah sain kontrak tu bisik la slow2 kat agen tu, “Fuad bagitau saya, kalo perkenalkan orang boleh komisen”. Sebenarnya komisen tu untuk ejen dia je.. tapi orang macam saya ni malas la nk bayar duit  apply jadi official agent apa sume pastu nk attend kelas ke apa.

 

Jadi saya ayat agen tu kalo introduce kan orang kat dia, bagi la sikit duit kopi kata orang tolong promote. Dah pecah rahsia saya ni tukang promote tak bertauliah.

 

Apapun, kalau perlukan maklumat lanjut boleh YM saya atau SMS saya ataupun hantar email.

 

YM Id: afuad_ibr  
No. H/P: 019-4117945
Email : afuad_ibr@yahoo.com

         

Nk isi form kat bawah pon boleh.

 

 

Nama :
Email :
No. Tel :

Pesanan / Soalan :
 

 

Tapi kalau anda nk pegi terus  pegi pejabat diorang pon boleh:

Ni alamat nya:

 

 

Kalau anda terasa nk bagi duit kopi kat saya carilah agen nama Lily dan bagitau saya yang perkenalkan.

 

 

 

Selamat melabur,

 

-Ahmad Fuad-

www.almaribuku.com